Wednesday, June 28, 2006

Parit Sulong sedia letak calon

OLEH Zailan A Hamid

BATU PAHAT: Buat pertama kalinya selepas dua kali Pilihanraya Umum sejak reformasi 1998, Keadilan bahagian Parit Sulong mengambil keputusan untuk mengemukan calon dalam Pilihanraya Umum akan datang. Perkara ini antara keputusan yang dicapai dalam Mensyuarat Agong Bahagian, 24 Mei lalu.

Bagaimanapun, pihak bahagian masih tidak menetapkan mana-mana kerusi untuk ditandingi dengan dalam Bahagian Parit Sulong samaada antara dua kerusi Dewan Undangan Neeri (DUN) iaitu Seri Medan dan Semerah atau kerusi Parlimen Parit Sulong. Namun, ramai pemerhati yang beranggapan bahawa Keadilan Bahagian lebih berminat untuk meletakkan calon untuk Parlimen memandangkan beberapa faktor seperti kehendak ahli dan masyarakat peringkat bawah.

Menurut Ketua Bahagian, Haji Kusni Simoh [foto sebelah] perkara ini akan dibawa ke dalam mesyuarat dengan Pas peringkat Kawasan Parit Sulong disamping akan turut diusulkan kepada peringkat negeri untuk pengetahuan kedua pihak parti iaitu Keadilan dan Pas.

“Keadilan Bahagian Parit Sulong adalah bahagian pertama yang didaftarkan di negeri Johor, dan selepas dua kali Pilihanraya Umum tidak ada sebab mengapa Keadilan tidak bertanding di sini. Perkara ini akan disusuli kepada Pas Kawasan dengan surat rasmi,” kata Haji Kusni Simoh dalam ucapannya.

Selain itu, pihak Keadilan Bahagian turut mengenalpasti bahawa lemahnya parti di peringkat bahagian juga antara kesan tidak meletakkan calon dalam dua pilihanraya lepas.

“Tidak satu kerusi pun kita tandingi dalam Pilihanraya Umum lalu, dan ini memungkinkan sokongan dan ahli di peringkat cawangan menjadi tidak bersemangat. Mereka akan bekerja kuat seandainya Keadilan meletakkan calon di sini, dan kita boleh berbahagi kerusi kerana ada tiga kerusi di sini… bukan satu,” tambah Haji Kusni lagi. Mesyuarat Agong bahagian kali ini dirasmikan oleh Timbalan Pengerusi Perhubungan Negeri, Dr Noraini

Haji Kusni juga berkata, pihak Bahagian sehingga kini sudah mengenal pasti nama-nama calon yang akan diketengahkan.

Dalam Pilihanraya Umum lalu, calon Pas bagi kerusi DUN Semerah, Mazlan Aliman kalah kepada calon Barisan Nasional (BN), Ariss Samsuddin dengan majoriti lebih sepuluh ribu. Calon BN Seri Medan, Ahmad Zahari pula menang dengan mengalahkan calon Pas dengan majoriti lebih tujuh ribu dan bagi kerusi Parlimen pula BN menang dengan majoriti lebih tujuh belas ribu.

“Kita akan pastikan nama calon yang dicadangkan nanti cukup wibawa selain merupakan anak tempatan. Ini sejarah baru kerana buat pertama kalinya, pembangkang akan meletakkan calon anak tempatan yang cukup wibawa dan berkemampuan membawa idea perubahan untuk berhadapan dengan BN di kawasan Parit Sulong,” tambahnya.

Sidang mesyuarat umumnya juga yakin bahawa Keadilan akan lebih mampu menarik calon bukan Melayu sebagai faktor utama kekalahan pembangkang dalam Pilihanraya Umum lalu.

Sementara itu, Dr Noraini di dalam ucapan perasmiannya berkata, Keadilan kini mendapat semangat baru atas beberapa perkembangan mutakhir politik tanahair. Beliau juga percaya, pembebasan Anwar Ibrahim akan menyemarakkan lagi perjuangan untuk membawa perubahan termasuk di negeri Johor umumnya.

Mood rakyat kini bersama kita dan saya yakin bahawa kita akan mempunyai peluang yang lebih cerah dalam pilihanraya akan dating,” kata Dr Noraini.

Turut hadir di dalam Mesyuarat Agong kali ini ialah Setiausaha Kerja Negeri, Saudara Najib Onn dan Pengerusi Jawatankuasa Strategi dan Program, Hasmi Hashim.

Hasmi dalam ucapannya berkata, seluruh jentera Parti harus tertumpu untuk mengenalpasti kawasan baru di Parit Sulong dan Batu Pahat untuk ditembusi secepat mungkin. Beliau juga berbangga dengan menambahan ahli-ahli baru sejak Program "Untuk Kebangkitan Johor" yang dianjurkan Keadilan Bahagian, 24 Mei lalu.

"Kita harus berdaya menampung sokongan semua, tua-muda, Melayu-Cina... hanya dengan cara ini Keadilan boleh mencapai kemenangan dan membuat kejutan di bukan sahaja Parit Sulong dan Batu Pahat, tetapi juga di Johor ini sendiri," tambah Hasmi lagi.

[kembali ke halaman utama]

1 Comments:

Blogger David Teo said...

tentu menang punya,agin perubahan dah datang...

3:45 PM  

Post a Comment

<< Home